Sekitar Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau (MBJB) 2035

Khamis, 13 Julai 2023 | Sekitar Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau (MBJB) 2035 yang disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd. Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Tebrau (MBJB) 2035 telah disediakan berdasarkan Peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Laporan Draf RKK ini disediakan bertujuan untuk pemeliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar terutamana kualiti air Sungai Tebrau.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama satu (1) bulan bermula 13 Julai 2023 sehingga 12 Ogos 2023. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan draf RKK di lokasi yang telah ditetapkan atau secara atas talian. Maklum balas atau cadangan boleh dikemukakan melalui saluran yang disediakan sepanjang tempoh ia dipublisitikan.

Lokasi semakan / maklum balas:

1) Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Menara MBJB
2) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau (MBJB) 2035

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau (MBJB) 2035