MBJB Terima 2 Pengiktirafan Peringkat Kebangsaan

MBJB TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Isnin, 12 Jun 2023 | MBJB menerima 2 anugerah di Majlis Penyampaian Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Tahun 2023-2025 (Peringkat Kebangsaan) dalam kategori ASEAN Public Toilet Standard bagi Tandas Awam Menara MBJB dan Tandas Awam Dataran Bandaraya Johor Bahru. Anugerah telah disampaikan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Sama-Sama Hotel KLIA .

Dalam pada itu, MBJB turut terpilih sebagai penerima anugerah dalam Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pengiktirafan ini adalah bagi tandas awam Menara MBJB (Tempat Ke-3 Kategori Pejabat Kerajaan), Restoran 7 Spices 7 (Tempat Pertama Kategori Restoran), dan Toppen Shopping Mall (Tempat Pertama Kategori Pusat Membeli Belah). Anugerah ini telah disampaikan oleh Encik Ooi Poh Keong (Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran) di pejabat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 12 Jun 2023.

ASEAN Public Toilet Standard

ASEAN Public Toilet Standard