Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Plot C Larkin Idaman

Sabtu, 13 Mei 2023 | Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Plot C Larkin Idaman yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, telah diadakan di Larkin Idaman. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembersihan kolam, penggalian mendakan dan pembaikan tebing kolam bagi memastikan kolam tadahan ini dapat berfungsi sepenuhnya bagi menampung air hujan dan seterusnya mengurangkan risiko banjir di kawasan 'downstream' Sungai Tampoi.

Selain itu, keberjayaan penyiapan projek ini pada masa akan datang dapat memberi impak positif terhadap keselesaan dan keselamatan penduduk sekitar, serta dapat mengelakkan kawasan kolam tadahan tersebut menjadi habitat binatang berbisa yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk.

Tambahan lagi, pada masa hadapan kolam ini juga boleh dijadikan kawasan riadah oleh penduduk dengan penambahan element 'hard scape' termasuk laluan pejalan kaki dan penanaman pokok yang sesuai.

#JBMampan
#JBThinkGreen

Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Plot C Larkin Idaman

Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Plot C Larkin Idaman