MENU

Pihak MBJB telah mengkategorikan kerja-kerja pembersihan kepada dua (2) iaitu :-

Kerja-kerja Pelupusan Sisa Pepejal

Tong Sampah Rumah Tong Sampah Kedai
 
Model     : Tong Sampah Beroda - MGB 120 (Beserta roda dan penutup) Model     : Tong Sampah Beroda - MGB 240 (Beserta roda dan penutup)
Bahan    : HD. PE - Linear Polyethylene Bahan    : HD. PE - Linear Polyethylene
Kapasiti : 120 Liter Kapasiti : 240 Liter
Ukuran   : 480 x 540 x 950 mm (panjang x lebar x tinggi) Ukuran   : 580 x 715 x 1070 mm (panjang x lebar x tinggi)

 

Kategori : Rumah / Kedai

1. Bagi kawasan rumah kediaman jadual pungutan sampah adalah 3 hari semunggu iaitu pada :

a. Isnin / Rabu / Jumaat

b. Selasa / Khamis / Sabtu

2. Bagi kawasan kedai, jadual pungutan sampah adalah setiap hari kecuali hari Ahad.

3. Pada hari yang dijadualkan, sampah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plas tik, diikat dengan sempurna dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

4. Tong sampah hendaklah diletakkan di luar rumah/premis pada hari jadual pungutan sampah dijalankan.

5. Selain dari hari yang dijadualkan, tong sampah bolehlah di simpan di dalam kawasan rumah/premis.

Tanggungjawab Penduduk/pemilik Rumah

1) Menyediakan tong sampah beroda dan bertutup satu (1) unit bagi setiap rumah (teres/berbandung/sebuah) bermuatan 80-120 liter.

2) Sampah yang boleh dikitar semula (botol kaca, plastic, kertas dan tin) hendaklah diasingkan dari sampah sisa makanan.

    

3) Sampah sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam plastik dan diikat kemas seterusnya dimasukkan ke dalam tong sampah tersebut.

4) Tong sampah tersebut hendaklah diletakkan di luar pagar pada hari-hari jadual pungutan sampah dijalankan. Sampah-sampah yang boleh dikitar semula hendaklah dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan di sebelah tong atau dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula yang berhampiran dan setelah sampah dipungut tong hendaklah disimpan di dalam pagar rumah.

 

5) Jika pungutan sampah gagal dijalankan atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas ini bolehlah menghubungi talian berikut :

i) 1 800 222 800 SWM Sdn Bhd (24jam)
ii) 019-7780200 talian SMS SWM Sdn Bhd
iii) 07-2282605 MBJB (waktu pejabat)

6) Jika tuan/puan ingin mengetahui jadual pungutan sampah di tempat tuan/puan bolehlah menghubungi talian tersebut di atas atau boleh merujuk papan kenyataan yang diletakkan di taman perumahan.

Papan Kenyataan

Pelupusan Sisa Pepejal, Cantasan Pokok & Barang-barang Terpakai

1) Setakat ini tiada jadual ditetapkan bagi memungut sampah sisa pepejal jenis tersebut kerana bentuk, saiz, kuantiti dan kekerapan berbeza.
2) Walaubagaimanapun, MBJB memberikan kemudahan kepada orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut secara berikut :

i) Hubungi syarikat konsesi sisa pepejal
ii) Bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk melalui gotong royong
iii) Menghubungi MBJB melalui talian 07-2282605 atau layari laman web www.mbjb.gov.my

Cantasan Pokok

 

Pelupusan Sisa Pepejal Komersial, Perhotelan & Industri

1) Mengikut Undang-undang Kecil Pungutan Dan Pembuangan Pelupusan Sampah Sarap (MBJB) 1981, Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan berbayar mengikut muatan.
2) Pelupusan sisa pepejal industri, mengikut Undang-undang Kecil setiap operator bertanggungjawab melupuskan sisa pepejalnya sendiri (yang bukan Sisa Berjadual) ke tapak pelupusan MBJB.
3) Operator bolehlah melupuskan sendiri ke tapak pelupusan menggunakan lori mengikut piawai atau melantik mana-mana kontraktor pelupusan sisa pepejal yang berdaftar dengan MBJB. Untuk mendapatkan senarai kontraktor bolehlah menghubungi talian 07-2282605.
4) MBJB mensyaratkan semua pengusaha hotel, komersial dan industri melupuskan sisa pepejal dengan kaedah tersebut sebagai syarat kelulusan lesen premis perniagaan mereka.

 

Pelupusan Sisa Bahan Binaan

1) Mengikut Undang-undang Kecil yang sama, Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan berbayar mengikut muatan.
2) Pemilik premis/kontraktor binaan bertanggungjawab melupuskan sendiri sisa bahan binaan ke tapak pelupusan. Pemilik premis atau kontraktor binaan bolehlah menghubungi syarikat konsesi Pelupusan Sisa Pepejal atau MBJB seperti talian di atas.

 

Pelupusan Sisa Berjadual

1) Penduduk TIDAK dibenar melupuskan bahan buangan Sisa Berjadual yang diperuntukkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke Tapak Pelupusan Sampah MBJB.
2) Bagi tujuan pelupusan Sisa Berjadual tersebut bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru di talian 07-2356042

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mempunyai wawasan untuk menjadikan Bandaraya Johor Bahru sebuah Bandaraya Antarabangsa.

Oleh yang demikian, komitmen warga kota adalah diperlukan bagi mendidik ahli keluarga, menjaga kebersihan bandar raya.

Untuk menjaga kebersihan persekitaran, sampah domestik hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sebelum ditempatkan ke dalam tong sampah.

Semua warga kota hendaklah menyediakan tong sampah di rumah masing-masing . MBJB akan membuat pungutan 3 kali seminggu daripada rumah kediaman dan 6 kali seminggu daripada rumah kedai.

Untuk tujuan pelupusan sisa pepejal seperti cantasan pokok dan barang-barang terpakai hendaklah menghubungi nombor telefon atau alamat emel yang disediakan.

 

Pertanyaan & Aduan

Sila Hubungi :

Southern Waste
Management & Environment
1 800 880 200
07-3349958
07-3349867

Bahagian Perkhidmatan
Perbandaraan, MBJB
07-228 2605
1 300 88 0146



Pembersihan Kawasan

Kerja-kerja pembersihan kawasan melibatkan pemotongan rumput di tanah rezab kerajaan (seperti di tepi jalan), pembersihan parit tepi jalan dan pembersihan jalanraya. Kerja ini tidak termasuk di dalam kawasan pentadbiran pangsapuri, kondominium, institusi atau komplek perniagaan kerana ianya perlu diselenggara oleh Perbadanan Pengurusan komplek berkenaan. Majlis telah menetapkan pembersihan kawasan dibuat seperti berikut:

 

 Potong Rumput 2 kali sebulan
 Bersih Parit 2 kali sebulan
 Sapu Jalan

 2 kali sebulan (rumah kediaman)

 Setiap hari (kawasan rumah kedai)

 

 

 

Tanggungjawab Penduduk


1) Parit awam tidak boleh ditutup
2) Bercucuk tanam tidak dibenarkan di atas rezab MBJB
3) Tidak dibenarkan membuat apa-apa aktiviti di atas parit
4) Tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam parit atau rezab MBJB
5) Sila hubungi talian dibawah bagi aduan:


a. 1 800 222 800 SWM Sdn Bhd (24jam)
b. 019-7780200 talian SMS SWM Sdn Bhd
c. 07-2282605 MBJB (waktu pejabat)

 

Jadual Pungutan Sampah

Rumah KediamanKawasan Kedai
  • 3 hari seminggu iaitu :-
    • a. Isnin / Rabu / Jumaat
    • b. Selasa / Khamis / Sabtu
  • Setiap hari kecuali hari Ahad