Peta Destinasi Menarik

Diiktiraf sebagai bandar raya kedua terbesar di Malaysia, Johor Bahru merupakan Kota Metropolitan merangkumi keluasan 1816 KM persegi. Mula diperkenalkan sebagai Tanjung Puteri pada tahun 1855, Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 1 Januari 1896. Kedudukannya yang istimewa sebagai pintu masuk utama yang menghubungkan dua negara berjiran, Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor menjadikan bandar raya ini digelar ˜Gerbang Selatan" atau ˜The Southern Gateway". Kepesatan pembangunan bandar raya ini turut mengangkat Johor Bahru menjadi pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan yang terkenal.

TMIYC Hutan Bandar Johor Bahru
Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru
 
Lokasi
AlamatHutan Bandar Johor Bahru, Jalan Yahya Awal, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia, Johor Bahru, Malaysia
Waktu Operasi

Dibuka Setiap Hari dari jam 7.00 pagi - 11.00 malam

Telefon
Website
TMIYC Johor Bahru TMIYC Johor Bahru TMIYC Johor Bahru TMIYC Johor Bahru TMIYC Johor Bahru TMIYC Johor Bahru
img
Mercu Tanda O KM
 

Mercu tanda Kilometer Sifar atau 0 KM yang terletak di tengah bandar Johor Bahru ini merupakan kedudukan yang paling selatan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malah bagi Tanah Besar Asia. Mercu tanda 0 KM ini juga merupakan permulaan bagi tempat bermulanya ukuran KM di Semenanjung Malaysia.

LokasiBandar Johor Bahru
AlamatBandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi
-
Telefon-
Website
img img img
img
Bangunan Sultan Ibrahim
 

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1940 hasil gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan kolonial. Bangunan ini menjadi bangunan tertinggi di Malaya ketika zaman sebelum merdeka. Ketika perang Dunia ke-2, tentera Jepun telah menduduki bangunan tersebut sebagai kubu mereka dan pusat gerakan untuk menyerang Singapura. Terdapat ukiran seperti bunga cengkih dan lada hitam di tiang sebagai lambang hasil utama negeri Johor pada ketika itu.

LokasiBandar Johor Bahru
AlamatJalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi
-
 
Telefon011-3734 1088
Website-
Skyscape Menara Johor Land
Skyscape Menara Jland
 

Menara ini adalah yang pertama di Johor berkonsepkan ruang hiburan di udara (aerial entertainment space). Salah satu tarikan terbaru di tengah bandar Johor Bahru yang menampilkan gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah, bakal memberikan pengalaman terbaik buat pengunjung.

LokasiBandar Johor Bahru
Alamat34, Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor)
Waktu Operasi
-
Telefon07-288 8723
Website-
img
Kolam Rekreasi Air Hutan Bandar
 

Kolam Rekreasi Air Hutan Bandar (Amusement park) terletak di Johor Baharu, Johor, Malaysia. Sangat sesuai untuk aktiviti riadah Bersama keluarga.kini beroperasi setiap Jumaat, Sabtu ,Ahad dan cuti umum

LokasiBandar Johor Bahru
AlamatUlu Air Molek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi

Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.30 pagi – 5.00 petang

Telefon0 11-3909 2803
img img img
img
Austin Heights Water Park
 

Sebuah taman tema yang kompak dengan keseronokan dan cabaran. Selain taman tema air, pengunjung juga boleh mencabar diri dengan permainan-permainan halangan bertali seperti Zip Line, Pirate Crossing, Rope Trapeze dan pelbagai lagi di Austin Heights Water Park ini. Selain itu, aktiviti meluncur ais, permainan Go-Kart, dan Jump Street juga turut disediakan.

LokasiBandar Johor Bahru
Alamat71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi

-

Telefon019-716 3183
Website
img img img
img
Laman Mahkota Istana Bukit Serene
 

Mercu tanda Mahkota Istana Johor yang tersergam indah di pintu gerbang kediaman rasmi DYMM Sultan Johor ini dikenali sebagai Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Terletak berhadapan dengan Danga Bay di Jalan Straits View, Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini merupakan tarikan terbaru di Johor Bahru.

LokasiBandar Johor Bahru
AlamatJalan Kolam Air, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi

Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.30 pagi – 5.00 petang

Telefon019-716 3183
img img img img img img
img
Bazar Johor Bahru
 

Lebih dikenali sebagai Bazaar Karat atau Bazaar JB, ia adalah tempat yang menarik untuk pengunjung yang ingin merasai keseronokan membeli-belah di pasar lambak daripada mengunjungi kedai berjenama di pusat membeli-belah. Selain itu, pengunjung juga akan menemui pemuzik dan penyanyi memainkan melodi mereka yang memukau.

LokasiBandar Johor Bahru
AlamatJalan Segget in Johar Bahru
Waktu Operasi

Selasa - Jumaat : 6:00 petang - 12:00 pagi
Sabtu - Ahad : 7:30 petang - 12:00 pagi
Isnin : 5:00 petang - 12:00 pagi

Telefon019-716 3183
img img img