Pelesenan

Majlis Bandaraya Johor Bahru menyediakan permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan mengikut jenis-jenis perniagaan dan keperluan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama permohonan, contoh-contoh borang yang digunakan, bayaran-bayaran yang dikenakan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon atau pelesen. Ianya bagi memberi kemudahan kepada para peniaga untuk permohonan lesen premis perniagaan.

Dokumen Yang Diperlukan:
Semua jenis permohonan perlu dikembarkan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  1. Pendaftaran Syarikat termasuk memorandum of Articles of association, Borang 12 dan 49 Akta Syarikat
  2. Salinan resit cukai harta tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kelayakan Menduduki
  4. Perjanjian sewa premis sekirannya perniagaan disewa dari pemilik premis
  5. Dua (2) keping gambar berukuran paspot
  6. Contoh lakaran atau visual (artwork) iklan/papan tanda