Latar Belakang

Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 1 Januari 1896. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula bermula pada tahun 1933 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950, Pada April 1977, Majlis Bandaran Johor bahru dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Johor Bahru (Town Council) dan seterusnya memperoleh status sebuah banda raya pada 1 Januari 1994.

Sehingga kini, MBJB telah memperolehi beberapa pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan hingga prestasinya yang sentiasa menepati kehendak kerajaan dan rakyat meletakkan MBJB sebagai antara dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik daripada 149 PBT di Malaysia dengan penarafan 5 Bintang SPB-PBT yang diterima pada tahun 2013.

Bandar raya Johor Bahru sedang melalui transformasi pembangunan ekonomi yang pesat dimana ia juga telah dikenalpasti sebagai salah sebuah bandar raya berdaya saing selain Kuala Lumpur, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Penubuhan Wilayah Iskandar (IM), telah memberikan pelbagai faedah pembangunan terutamanya dalam konteks keyakinan pelabur dalam dan luar Negara untuk melaksanakn pelbagai pelaburan berimpak tinggi di bandarya ini.

img img

img

img
Menara MBJB

Fenomena ini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan yang luas kepada warga banda raya khususnya. Kepentingan sosial dan kemasyarakatan juga tidak pernah dilupakan akan kepentingannya. Justeru, MBJB sentiasa menggerakkan kerjasama erat dengan warga bandar raya melalui penganjuran pelabagai program seperti LA21 dan juga program-program kemasyarakatan yang lain.

Tujuan akhirnya ialah mewujudkan masyarakat bernilai sosial yang tinggi di mana ia merupakan teras penanda aras kemajuan bandar raya Johor Bahru pada masa hadapan.

Meskipun kepesatan pembangunan turut menjanakan isu-isu perbandaran, namun pendekatan yang holistik dan seimbang diyakini dapat mewujudkan persekitaran mampan yang dapat memenuhi keperluan dan aspirasi keseluruhan warga kotanya sekaligus merealisasikan visi Majlis Bandaraya Johor Bahru iaitu Johor Bahru Bandaraya Antarabangsa, Berbudaya Dan Lestari.

splwpk-about-us