MENU

HUTAN BANDAR

 
Pengenalan

Hutan Bandar meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemua Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya.

Konsep perancangan dan rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang diadun dengan ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu, mula diilhamkan pembangunannya sejak tahun 1987. Dengan mendapat bantuan kepakaran daripada Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia, suatu ciri pembangunan yang unik telah dilahirkan. Istimewanya kawasan rekreasi ini kerana mengekalkan rupabentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap yang paling minima. Hasilnya adalah sebuah kawasan persekitaran yang menghijau dengan nilai estetika serta pemandangan yang indah dan nyaman.

Dengan berkonsepkan 'Taman Rekreasi Keluarga' dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan harmoni, bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk pelbagai lapisan wargakota Johor Bahru.

Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar Johor Bahru, telah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam program Bandaraya Sejahtera yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation W.H.O), selain daripada Dewan Bandaraya Kuchin Utara Sarawak sejak tahun 1994.
 
Komponen Bangunan

Laman Tembusu
Laman Tembusu menempatkan bangunan pejabat jabatan Landskap MBJB yang bertanggungjawab untuk menguruskan kawasan rekreasi Hutan Bandar. Segala pertanyaan dan tempahan untuk penggunaan Hutan Bandar serta kemudahan-kemudahan di dalamnya boleh dibuat di pejabat ini.

Medan Selera
Medan Selera atau dikenali dengan nama Gerai Atap Belian mempunyai 16 unit gerai yang menyediakan aneka makanan dan minuman untuk para pengunjung. Sambil menjamu selera, para pengunjung dapat menikmati keindahan mendan selera yang dihiasi dengan rimbunan pokok-pokok yang menghijau serta menyegarkan suasana.

Laman Permainan Kanak-Kanak
Laman Permainan Kanak-kanak atau "Children Adventurous Park" menjadi daya tarikan utama. Pelbagai bentuk permainan yang menggerakkan minda dan fizikal disediakan untuk kanak-kanak hingga ke peringkat remaja. Kawasan rehat yang selesa dikhaskan untuk keluarga sambil memerhatikan gelagat anak-anak yang bermain sambil belajar dalam suasana yang selamat, selesa, ceria dan riang-ria.

Kawasan Tasik
Kawasan tasik merangkumi tujuh buah tasik yang saling berdekatan menjadi tumpuan apabila pertandingan memancing dijalankan samada oleh pihak MBJB atau penganjur-penganjur yang lain

Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan pula menawarkan aktiviti atau kegiatan berkumpulan. Di sini disediakan kemudahan-kemudahan serperti chalet, bilik air, bilik persalinan, dewan ceramah, surau, tapak perkhemahan, "jungle tracking" dan BBQ. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.

TAMAN ORKID

 
Orkid boleh ditemui di semua kawasan di dunia, kecuali di kawasan gurun dan kutub. Ia dipercayai bermula antara 100-200 juta tahun yang lalu. Negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai iklim tropika dikatakan menjadi salah satu 'tempat kelahiran' spesis-spesis orkid selain daripada benua Amerika. Terdapat kira-kira 7000 spesis orkid di Asia Tenggara dan Malaysia sendiri mempunyai kira-kira 3000 spesis orkid liar yang dianggap sebagai spesis yang terbaik, tercantik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Taman Orkid Johor Bahru
Taman Orkid yang terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk senibina lestari yang berkonsepkan 'mesra alam' dan 'terbuka'.

Taman ini direka bagi menyediakan satu ruang pameran pelbagai spesis orkid khususnya orkid-orkid liar tempatan di kawasan yang mempunyai persekitaran yang hampir serupa dengan habitat asal orkid-orkid yang dipamerkan. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan interaktif dengan menggunakan kaedah pandang dengar untuk sistem penyampaian maklumat kepada para pengunjung. Komponen utama :
Laman Gerai Orkid
Pusat Maklumat dan Galeri
Kawasan Pameran Orkid Komersial
Kawasan Tapak Semaian Orkid (nurseri)
Kawasan Pameran Orkid Liar
Kawasan Zon Penampan Orkid
 
Bagi penggermar orkid pula pastikan anda dapat membawa pulang pengetahuan mengenai orkid disamping mendapat pelbagai spesis orkid yang sukar didapati di pasaran.

Taman Merdeka

 
Pengenalan

Taman ini diberi nama Laman Merdeka bersesuaian dengan konsep keseluruhan yang ingin diketengahkan. Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari pusat bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melaui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Konsep Pembangunan

Sebuah taman yang menggambarkan dengan jelas semangat patriotik pejuang kemerdekaan melalui catatan sejarah, arca, rekabentuk bangunan, rekabentuk lanskap serta sistem bunyi dan cahaya. Konsep taman mesra alam dan mesra pengguna cuba diterapkan kepada pengunjung agar keselasaan dirasai ketika bersia-siar atau menjalankan aktiviti riadah di taman ini.

Objektif
 
 Membina satu mercu tanda yang dapat lambangkan kebebasan, kemerdekaan dan kegembiraan melalui air pancuran setinggi 60 kaki yang terletak di tengah-tengah tasik beserta air pancuran yang kecil disekelilingnya.
Membentuk satu urutan sejarah yang jelas berkisar tentang zaman sebelum kemerdekaan dan proses untuk mendapat kemerdekaan melalui rekabentuk bangunan dan lanskap.
Rekabentuk adalah melambangkan istilah-istilah Tanah Melayu, konsep Residen Inggeris, serangan askar Jepun, pembentukan UMNO untuk menetang Malayan Union dan pembentukan Barisan Nasional yang membawa negara ke tahap sebuah negara merdeka yang maju.
Membentuk ruang pemisah antara kawasan Istana, jalan-jalan utama dan padang golf agar menghasilkan kesepaduan imej yang teratur dan menarik.

Komponen Pembangunan

Fasa 1
Pusat Maklumat dan Jeti Penambang
Laman Peringatan Sultan Abu Bakar
Laman Peringatan Penjajahan Jepun
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 1)

Fasa2
Laman Malaysia
Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Laman Semarak Kemerdekaan
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 2)
Laman Peringatan Penentangan Komunis

 

Laman Rekreasi Tasik Pandan

 
Pengenalan

Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmoni, Taman Desa Harmoni, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & COuntry Club. Laman rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar(16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.

Laman Rekreasi ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang awam dari pelbagai lapisan masyarakat yang muda hingga dewasa untuk beristirehat dan menjalankan aktiviti riadah seperti senaman, berjoging, berkhemah dan sebagainya

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Laman rekreasi ini.

Aktiviti Sukan Air
 Memancing
Menaiki bot pedal
Berkayak

Aktiviti Sukan Darat/Tradisional
Sepak takraw
Badminton
Bola tampar
Bola keranjang
Berbasikal
Berkhemah
Permainan teng-teng
Berjoging
Bersilat
Bertaici
Bermain Congkak
Bermain Gasing

Riadah/Beristirehat
Taman Permainan Kanak-Kanak
Gelanggang Permainan Tradisional
Gelanggang Permainan Serbaguna
Kawasan Rehat
Lelapang Layang-Layang
Aktiviti Senaman Lasak
Taman Buah-Buahan
Stesen Senaman Fizikal
Jeti & Pelantar
Kolam Teratai
Refleksologi Kaki
Hutan Pemuliharaan
Dataran
Tapak Perkhemahan
Jeti & Pondok Sew Bot
'Under Canopy Walkway'

Kemudahan awam disediakan untuk pengunjung-pengunjung
Gerai Makanan Ringan
Tandas Awam
Wakaf
Laluan Pejalan Kaki dan Basikal
Tempat Letak Kenderaan
Tempat Duduk
Lampu Hiasan
Laluan Penyelenggaraan
Tong Sampah

 

Taman Linear

 
Pengenalan

Mula dibina pada tahun 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Razak seluas 5.54 hektar, yang bertujuan sebagai tempat beristirehat keapda pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Justeru terdapat bebrapa pondok rehat serta laluan refleksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti :-
 Pondok jaga
Wakaf rehat
Trek berjogging
Mini golf
Pancutan air
Kandang permainan
Tandas awam