Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Johor Bahru
![]() |
Hutan Bandar Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan. |
Taman Orkid Johor Bahru Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka". |
![]() |
![]() |
Laman Merdeka Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan. |
Taman Rekreasi Tasik Pandan Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini. |
![]() |
![]() |
Jewel House "Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengamil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi. |
Taman Linear Mula dibina pada 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Abdul Razak seluas 5.54 hektar yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Jesteru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan releksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti : |
![]() |
![]() |
Pantai Stulang Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti berternakan air seperti berkelah mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukat laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini. |
Persiaran Meldrum Jalan Meldrum dinamakan Dato' Meldrum (1821-1904), seorang Scotland pertama telah membuka kilang papan di muara Sungai Segget (berdekatan Kompleks Kastam sedia ada, di jalan Sawmill). Pembalakan merupakan industri pertama Johor Bahru pada ketika itu, Jalan Meldrum terletak di tengah-tengah kawasan yang pernah dikenali sebagai Kampung Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum telah dinamakan sempena dengan nama anak-anaknya iaitu Siew Nam, Siew Koon dan Siew Chin. |
![]() |
![]() |
Legaran Segget Konsep pembangunan Legaran Segget adalah sebagai "Pedestrian Mall" yang menyediakan laluan hijau yang selesa ,selamat dan berinformasi yang bertemakan "Creating Human Experience" melalui elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan. |
Legaran Tan Heok Nee Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru. |
![]() |
![]() |
Danga Bay Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan. |