MENU

PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU & KULAI 2025 (PENGGANTIAN) – PENGUBAHAN 1

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subsekyen 13(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Draf Laporan Akhir Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kulai 2025 (Penggantian) – Pengubahan 1 bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula pada 1 NOVEMBER 2021 hingga 30 NOVEMBER 2021.

RTDJB & Kulai (Penggantian) - Pengubahan 1 ini adalah merujuk kepada pindaan RTDJB & Kulai 2025 (Penggantian) yang melibatkan sebahagian kawasan atau kandungannya; di mana RT Pengubahan dan bahagian RT Asal yang tidak diubah adalah terpakai (dibaca bersama) bagi tujuan kawalan perancangan sebagaimana Subseksyen 16(3) Akta 172.

Program ini dijalankan secara atas talian dan semakan laporan boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://www.mbjb.gov.my/ms/rtdjb-kulai-2025

RTDJBKULAI2025