MENU

PERTANDINGAN KAD RAYA NOSTALGIA KITA 2022

Aura sambutan hari raya kian terasa. Ayuh, kembalikan nostalgia kegemilangan kad raya!

Sertai pertandingan Kad Raya Nostalgia Kita 2022 anjuran Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Cipta kad raya yang kreatif untuk seseorang yang disayangi dan hantar kad raya tersebut kepada kami.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia pelbagai kaum yang lahir/menetap/belajar/bekerja di negeri Johor. Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu:

- Kategori Terbuka (13 tahun ke atas)

- Kategori Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah)

Maklumat pertandingan dan borang penyertaan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan URL

https://tinyurl.com/kadrayanostalgiakita

Kad raya yang telah lengkap hendaklah dihantarkan kepada:

Urus setia

Pertandingan Kad Raya Nostalgia Kita 2022
Perpustakaan Sultan Ismail,
Jalan Datin Halimah, Larkin,
80350 Johor Bahru, Johor.

Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 31 Mei 2022.

PERTANDINGAN KAD RAYA NOSTALGIA KITA 2022