MENU

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2020 KINI DIBUKA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelesenan MBJB telah membuka permohonan penganjuran bazar perayaan Tahun Baharu CinA 2020 bermula 5 November - 30 November 2019.

Penganjur berminat boleh menghantar permohonan ke Jabatan Pelesenan, Aras 4 Bangunan JOTIC, Johor Bahru bersama-sama dokumen berikut:

1) Kertas kerja cadangan penganjuran yang lengkap
2) Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon
3) Salinan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubugan Malaysia (JPPM) @ Suruhanjaya Koperasi Malaysia *(PERTUBUHAN BERLATAR BELAKANG AKTIVITI PERNIAGAAN)
4) Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
5) Gambar lokasi terkini (gambar dari sumber Google tidak diterima)
6) Salinan pelan lantai susun atur aktiviti perniagaan
7) Jumlah petak dan jumlah peniaga
8) Masa dan hari operasi
9) Salinan surat lantikan kontraktor kebersihan
10) Surat kebenarwn pemilik tanah/pemegang rezab (jika berkaitan)
11) Sokongan dan kebenaran dari pihak premis berdekatan (sekurang-kurangnya 80% sokongan daripada jumlah premis)
12) Kadar sewaan yang dikenakan atas peniaga-peniaga
13) Surat ulasan/sokongan daripada polis trafik

Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MBJB di talian 07-2277576.