MENU

PEMBERITAHUAN : KAUNTER UTC UNTUK TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA/DISITA TERUS BEROPERASI

Sepanjang tempoh PKPP, didapati telah mula banyak kenderaan di atas jalan raya dan menjadikan keadaan lalulintas bertambah sesak lebih-lebih lagi dengan kehadiran kenderaan menghalang lalulintas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

MBJB akan berterusan mendidik masyarakat agar berdisiplin demi memastikan keadaan trafik berjalan lancar dan selamat untuk warga bandar raya.

Sehubungan ini, operasi penguatkuasaan kompaun dan pengalihan kenderaan akan terus dijalankan termasuk pada cuti mingguan (Jumaat dan Sabtu) serta cuti umum.

Sekiranya kenderaan anda ditunda semakan boleh dibuat melalui sistem MyVIS di laman web https://mobile.mbjb.gov.my/vis$/vis/vis039senopt.asp. atau hubungi talian 07-219 8227 /07-228 2610

#trafikdantunda
#penguatkuasaanuntukkesejahteraan
#sayangijohorbahru

PEBERITAHUAN KAUNTER PERKHIDMATAN TUNDA