MENU

NOTIS PEMBERITAHUAN HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI PERNIAGAAN BERKUATKUASA 5 MEI 2020

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan PKP Bersyarat (PKPB), hampir semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan MBJB.

Adalah diingatkan agar semua langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 seperti yang disarankan KKM telah dilaksanakan sebelum aktiviti perniagaan dijalankan.

Bagi mana-mana aktiviti perniagaan yang ingin beroperasi tetapi tidak disebutkan di dalam jadual ini (Bil. 1 -16) hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian di pautan https://apl.mbjb.gov.my/applypkpb kepada pihak MBJB sebelum menjalankan aktiviti perniagaan.