MENU

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak pernah melantik mana - mana pihak atau individu termasuklah anggota Majlis sendiri menjadi agen atau orang tengah dalam sebarang proses permohonan lesen perniagaan.

Sehubungan ini, warga bandar raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pihak yang menawarkan diri untuk menjadi agen atau orang tengah dan boleh melaporkan kepada pihak Majlis sekiranya berlaku perkara ini.

Permohonan lesen perniagaan boleh dibuat secara terus tanpa agen atau orang tengah di Kaunter Setempat MBJB atau secara atas talian melalui sistem e-khidmat di pautan http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat/