MENU

MAKLUMAN PEMBUKAAN BAZAR JB (BAZAR KARAT) MENGIKUT NORMA BAHARU

1. Bazar JB akan beroperasi mulai 15 Julai 2020 (Rabu), bermula jam 7.45 malam hingga 11.30 malam mengikut SOP 'norma baharu'. Hari cuti bagi operasi Bazar JB adalah setiap hari Isnin.

2. Pengunjung hanya dibenarkan memasuki kawasan Bazar JB mengikut pintu masuk di Jalan Tan Hiok Nee sahaja dan keluar melalui pintu Jalan Segget (OCBC Bank). Pengunjung dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan Jalan Dato' Onn, Jalan Syed Mohd Mufti (belakang JOTIC) dan JB Waterfront Lot 1.

3. Akses untuk peniaga bazar meletakkan barang adalah melalui pintu Jalan Segget (OCBC Bank) sahaja bermula jam 6.00 petang.

4. Pemilik premis dan pemilik kenderaan di sekitar kawasan Bazar JB dinasihatkan mengalihkan kenderaan seawal jam 5.00 petang bagi memudahkan urusan penutupan jalan di sekitar Bazar JB.

PEMBUKAAN BAZAR JB (BAZAR KARAT)

 

PEMBUKAAN BAZAR JB (BAZAR KARAT)