MENU

17 Januari 2018 : Sidang media khas berkenaan penguatkuasakan undang-undang premis perniagaan di kawasan pentadbiran MBJB telah diadakan sebentar tadi di Bilik Mesyuarat Utama. Dalam sidang media tersebut, YB Datuk Bandar Johor Bahru telah menyentuh beberapa perkara berkaitan pembaharuan lesen perniagaan, syarat-syarat papan iklan premis perniagaan, penggunaan kawasan lapang oleh premis perniagaan makanan serta penggredan kebersihan tandas premis dan tandas awam.

MBJB akan terus melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha memelihara keindahan dan keselamatan bandar raya Johor Bahru dan warganya.
Sidang Media Khas Berkenaan Penguatkuasakan Undang-Undang Premis Perniagaan di Kawasan Pentadbiran MBJB