MENU

19 Januari 2020 : Sekitar Sesi Town Hall Program Kelestarian Pendidikan LA 21 MBJB dan Majlis Menandatangani MOU di antara MBJB, PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim petang tadi.

Program Kelestrian Pendidikan LA 21 merupakan suatu proses pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan MBJB ke atas 141 buah sekolah dalam kawasan MBJB yang terdiri daripada Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setiap tahun bermula tahun 2020.

Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan memberi peluang kepada mereka untuk membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, seterusnya masyarakat dan negara.

Di dalam sesi town hall tadi juga, MBJB telah memaklumkan hadiah yang ditawarkan kepada pihak sekolah iaitu berupa geran projek pembangunan sekolah bagi 28 sekolah terbaik yang telah mencapai markah penilaian sebanyak 80% ke atas.

Sesi Town Hall

Sesi Town Hall