MENU

16 April 2019 : MBJB telah dijemput untuk menjadi panel dalam suatu sesi panel talkshow 'IIBD Blueprint Gazzettement From Vision To Reality' yang telah dianjurkan oleh JCorp di Menara JLand.

Dalam sesi talkshow tersebut, MBJB yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, telah menyatakan peranan Ibrahim International Business District (IIBD) dalam mencetus pembangunan ekonomi Johor Bahru; peranan MBJB dalam memberi inspirasi dan nafas baru terhadap pembangunan kawasan perniagaan di bandar raya; rancangan bagi kesinambungan dan kelestarian pembangunan IIBD di masa-masa akan datang serta cabaran pembangunan ekonomi yang seimbang dengan memelihara nilai-nilai warisan yang terdapat di bandar raya Johor Bahru.

Sesi Talkshow