MENU

14 November 2019 : Pihak pengurusan tertinggi, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan seluruh warga kerja MBJB hari ini menyaksikan Sesi Clock Out Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman, Datuk Bandar Johor Bahru Ke-11, yang menamatkan perkhidmatan beliau bersama MBJB pada hari ini.

Sejak awal perkhidmatan beliau bersama-sama MBJB pada 23 Oktober 2017 sehinggalah ke hari ini, banyak pencapaian-pencapaian yang membanggakan telah dikecapi oleh beliau dalam membantu meningkatkan nama organisasi MBJB ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengurusan tertinggi, barisan Ahli Majlis, para pegawai dan seluruh warga kerja MBJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Haji Amran di atas sumbangan jasa dan bakti beliau selama ini.

Kami dan seluruh warga bandar raya mendoakan agar Yang Berhormat Dato' terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam segenap aspek pekerjaan dan kehidupan dalam masa-masa akan datang.

Sesi Clock Out Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman