MENU

SELAMAT DATANG KE NEGERI JOHOR

01 Januari 2020 : MBJB bersama-sama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Tourism Johor, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKN), Bahagian Pengurusan Hartanah JPM, pihak pengurusan JB Sentral dan Southern X Media hari ini menyambut ketibaan para pelancong terawal yang tiba di Johor Bahru menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Woodlands, Singapura jam 8.35 pagi tadi.

Pelancong yang hadir disambut dengan persembahan Tarian Selamat Datang, Tarian Ketam Bangkang dan Tarian Zapin Lenga, serta persembahan lagu-lagu tradisional Ghazal.

Sambutan ini diadakan bagi mewar-warkan Tahun Melawat Johor 2020 yang bermula pada hari ini, 1 Januari 2020, selain mempromosikan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
 

Tahun Melawat Johor 2020

 

Tahun Melawat Johor 2020