MENU

Town Hall DB

Townhall pembentangan 'Record Book' Setahun Datuk Bandar ke 10. Selain daripada pembentangan itu, satu sesi soal jawab juga telah berlangsung di antara Datuk Bandar dengan sebilangan warga bandar raya yang hadir pada pagi itu.

Sesi pembentangan dan soal jawab telah diikuti dengan pelantikan JKP kesemua zon Ahli Majlis, pelantikan Rakan Dewan, pelantikan Rakan Taman, pemberian sijil penghargaan kepada rakan strategik MBJB, serta sijil penghargaan kepada 'Mystery shopper' yang telah membantu MBJB dalam menilai kualiti perkhidmatan pelanggan MBJB kepada warga bandar raya.

Terima kasih sekali lagi kepada semua jemputan yang hadir. Seperti yang telah disimpulkan oleh Datuk Bandar, warga kerja MBJB akan menerap budaya RAP iaitu Responsif, Agresif dan Proaktif, dalam misi menyalurkan perkhidmatan yang terbaik buat warga bandar raya Johor Bahru pada masa akan datang.