MENU

12 November 2019 :  Yang Berhormat Tuan Tan Cheng Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, merasmikan Program Pertandingan Akhir Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019 Peringkat Negeri Johor di AEON Mall Bandar Dato' Onn petang tadi.

Program Ecolife Challenge ini telah disertai oleh 16 buah sekolah rendah terpilih dalam Negeri Johor untuk mempersembahkan inisiatif rendah karbon yang dijalankan di sekolah masing-masing selain bertanding dalam cabaran-cabaran yang menguji pengetahuan mereka dalam aspek rendah karbon.

Menjelang tahun 2020 yang juga merupakan Tahun Melawat Johor, MBJB komited menjadikan bandar raya Johor Bahru sebagai sebuah bandar rendah karbon. Ini diterjemahkan melalui inisiatif rendah karbon yang telah dilaksanakan oleh MBJB, agensi kerajaan dan swasta sebagaimana 247 program yang digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon MBJB 2025.

Program Pertandingan Akhir Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019 Peringkat Negeri Johor