MENU

PROGRAM PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19 - SOUTHERN VOLUNTEERS JOHOR BAHRU

Majlis Bandaraya Johor Bahru

29 Jun 2021 (Selasa)

Menjunjung Titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Program Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 oleh 25 orang Southern Volunteers Johor Bahru (MBJB) memasuki hari ke-11 pada hari ini dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Johor Jaya dan Puan Chan San San (Ahli Majlis MBJB Zon Johor Jaya).

Rekod pendaftaran vaksinasi pada hari ini adalah sebanyak 505 orang dan seterusnya menjadikan jumlah pendaftaran vaksin terkini adalah seramai 7,663 orang.

Pendaftaran hari ini meliputi kawasan Flat Ros Merah dan Jalan Seroja di Johor Jaya serta menerima borang pendaftaran dari Taman Bukit Kempas, Kg. Usaha Jaya dan orang awam yang menghantar terus kepada urusetia di Dataran Bandaraya.

Terima kasih kepada Ahli Majlis MBJB Zon Johor Jaya, Ahli Majlis Zon Kempas dan Ahli Majlis Zon Teluk Danga di atas kerjasama pada hari ini.

Program Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Southern Volunteers ini akan terus berjalan sehingga 23 Julai 2021.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan Southern Volunteers Johor Bahru (MBJB) di atas komitmen dan usaha yang berterusan dalam melaksanakan tugas demi menjayakan program ini.

#TeamMBJB
#SouthernVolunteersJohorBahru
#KitaJagaKita

Southern Volunteers Johor Bahru