MENU

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MBJB DI CIQ JOHOR BAHRU

Seramai lebih 300 anggota bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan MBJB telah terlibat dalam program khidmat masyarakat di sekitar kompleks Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru pagi tadi bermula jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan persekitaran kompleks CIQ.

Program ini adalah merupakan satu inisiatif dalam memupuk usaha memelihara kebersihan bandar raya Johor Bahru, lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan pintu gerbang selatan Semenanjung Malaysia.

Turut bersama MBJB pagi tadi adalah Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PDRM dan juga pihak pengurusan Bangunan Sultan Iskandar.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MBJB

 

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MBJB