MENU

PROGRAM KEBUN KEJIRANAN KRT JALAN PADI RIA MULA MEMBUAHKAN HASIL

Sejak pelancaran pada 24 November lalu, pelbagai kemajuan telah dicapai di Kebun Kejiranan KRT Jalan Padi Ria yang kini diusahakan oleh 22 orang warga KRT.

Penanaman yang diusahakan secara konvensional dan juga fertigasi ini telah mula membuahkan hasil selain mentransformasikan landskap di sekitar kawasan tersebut menjadi lebih indah dan hijau.

Program kebun kejiranan ini merupakan salah satu daripada 5 inisiatif kejiranan hijau yang telah diperkenalkan oleh Plan Malaysia. Tujuan utama program adalah untuk membantu masyarakat mendapatkan bekalan makanan seharian seperti sayur sayuran dan buah buahan yang segar serta secara tidak langsung menambah pendapatan sampingan.

Pihak MBJB boleh membantu dalam menyediakan tapak untuk kebun, membekalkan benih, memberi khidmat nasihat,panduan serta membuat papan tanda dan pembersihan kawasan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi urusetia di talian 07-2198246.

PROGRAM KEBUN KEJIRANAN KRT JALAN PADI RIA