MENU

JOHOR BAHRU, 8 Disember 2021 - Buat julung kalinya, satu sesi pertemuan yang dihadiri oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Bandar Pasir Gudang dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai telah diadakan semalam bagi memulakan langkah merealisasikan aspirasi ‘The Greater JB’ di mana satu kerjasama strategik akan diwujudkan yang bakal menjadi tunggak kepada pembangunan negeri Johor dan Johor Bahru khasnya.

Melalui kerjasama yang bakal diwujudkan ini, kesemua Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Johor Bahru bersama Majlis Perbandaran Kulai akan bergerak sehaluan dalam perancangan pembangunan serta urus tadbir berasaskan pemuafakatan yang kukuh dan konsisten.

Johor Bahru merupakan pintu masuk selatan tanah air dan sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi Johor Bahru ini sebagai sebuah bandar metropolis, dengan kata lain sebuah bandar yang menjadi pusat ekonomi yang signifikan, berbudaya dan sebuah hubungan penting untuk sambungan serantau atau antarabangsa serta komunikasi.

Aspirasi The Greater JB

Aspirasi The Greater JB