MENU

MBJB TERIMA PONDOK NYAH CEMAR AUTOMATIK DAN ALAT PELINDUNG MUKA BAGI KEGUNAAN BARISAN HADAPAN

MBJB hari ini menerima Pondok Nyah Cemar Automatik atau UTMShield Automated Disinfection Chamber serta alat perlindungan muka (face shield) yang dihasilkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi kegunaan barisan hadapan (frontliners) MBJB dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di bandar raya Johor Bahru ini.

Penyerahan serta demonstrasi penggunaan pondok nyah cemar ini telah dibuat oleh Prof. Datuk. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM, bersama-sama pasukan penyelidik UTM di hadapan Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato' Haji Adib Azhari bin Daud, di UTM Skudai School of Mechanical Engineering petang tadi.

Pondok Nyah Cemar Automatik ini berfungsi secara automatik serta menggunakan kaedah sensor untuk mengaktifkan penyembur nyah cemar di keseluruhan badan individu. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan terutamanya terhadap petugas barisan hadapan (frontliners) COVID-19 yang bertugas di lapangan setiap hari.

Pondok Nyah Cemar Automatik

Pondok Nyah Cemar Automatik

Melalui hasil kerjasama CSR bersama UTM ini, sebanyak 10 unit pondok nyah cemar akan digunapakai oleh MBJB dalam membantu anggota menjalankan kerja-kerja nyah cemar di seluruh bandar raya Johor Bahru.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak UTM di atas kerjasama yang dijalinkan ini demi memastikan keselamatan dan kesihatan barisan hadapan MBJB terus terjamin.