MENU

MBJB TERIMA LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR .

Pada 28 Jun 2020 lalu, MBJB telah menerima kunjungan YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Menara MBJB pagi ini.

Dalam sesi kunjungan ini, YB Tuan Haji Ayub telah diberikan taklimat oleh Datuk Bandar Johor Bahru berkaitan MBJB seperti program digital MBJB, laporan denggi dalam kawasan pentadbiran MBJB, inisiatif kebun kejiranan serta isu dan cabaran yang dihadapi MBJB ketika ini.

YB Tuan Haji Ayub juga berkesempatan untuk melawat kawasan sekitar Sungai Segget dan pusat bandar sebelum mengakhiri lawatan di Balai Polis Sentral Johor Bahru.

 

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR