MENU

MBJB TERIMA LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

KHAMIS, 14 November 2019 - MBJB menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Selayang yang diketuai oleh Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi. Delegasi seramai 57 orang tersebut terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan MPS. Lawatan ini adalah bertujuan penandaarasan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal, Pembersihan Awam dan Penguatkuasaan Alam Sekitar yang dilaksanakan di MBJB.

LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG