MENU

MBJB TERIMA ANUGERAH EMAS SEMPENA MyPLACE AWARDS 2019

Pn Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, menerima penyampaian Anugerah Emas bagi Kategori Jalan Belakang dan Jalan Kaki Lima dalam Anugerah MyPlace Awards 2019 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Senator Sato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad semalam.

Anugerah Emas ini diberikan bagi program penambahbaikan jalan lorong Jalan Tan Hiok Nee yang telah dilaksanakan oleh MBJB. Ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Johor Bahru (JBT).

MyPlace Awards 2019, anjuran Malaysian Institute of Planners ini adalah bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam 'placemaking' oleh badan-badan dan komuniti dalam usaha menambahbaik kawasan awam yang memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

ANUGERAH EMAS MyPLACE AWARDS 2019