MENU

MBJB TANDATANGANI PERJANJIAN 'SUPPLY AGREEMENT WITH RENEWABLE ENERGY (SARE)' BERSAMA TNB DAN GSPARX

KHAMIS, 14 November 2019 - Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menandatangani perjanjian kontrak SARE bagi pemasangan panel solar pada bumbung bangunan MBJB bersama-sama pemasangan struktur parkir bangunan MBJB di Holiday Villa Hotel Johor Bahru sebentar tadi.

Usahama ini adalah bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penjanaan tenaga melalui 'renewable energy' kepada 20% menjelang tahun 2025 dan sekaligus menjadikan bandar-bandar di Negeri Johor sebagai bandar rendah karbon.

Melalui perjanjian ini, MBJB telah bergerak selangkah kehadapan dalam melaksanakan inisiatif Masyarakat Rendah Karbon MBJB 2025, selain merupakan PBT pertama di Negeri Johor yang menandatangani usahasama 'renewable energy' seperti ini.

PERJANJIAN 'SUPPLY AGREEMENT WITH RENEWABLE ENERGY (SARE)' BERSAMA TNB DAN GSPARX