MBJB MENERIMA LAWATAN PENILAIAN OLEH PANEL GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD (GAIA)
Rabu, 3 Ogos 2022 - Untuk makluman warga bandar raya, bangunan Direktorat Penguatkuasaan MBJB dan Projek Sungai Segget telah terpilih ke peringkat akhir bagi pertandingan Green Accord Initiative Awards (GAIA) sesi 2021/2022.
Anugerah ini adalah merupakan anjuran Iskandar Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor yang diadakan 2 tahun sekali bertujuan memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah menyumbang ke arah pembangunan mampan dan low carbon society.
Pada sesi tahun 2019/2020, MBJB telah menerima anugerah GAIA dalam kategori bangunan individu dan menjadi bangunan kerajaan pertama menerima anugerah ini.
Pada sesi lawatan semalam, MBJB telah membentangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan di kawasan Sungai Segget serta perancangan akan datang ke atas Sungai Segget dan kawasan Pusat Bandar bagi menyediakan persekitaran yang mampan untuk kesejahteraan warga bandar raya.