MENU

MAJLIS PENYERAHAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI HARTA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 2020

JOHOR BAHRU, 30 November 2021 – Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menyampaikan 45 buah hadiah utama termasuk hadiah utama sebuah Perodua Aruz dan motosikal Yamaha Y15 kepada para pemenang Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB Tahun 2020 sejurus selesai Mesyuarat Penuh Bulanan di Menara MBJB Bukit Senyum hari ini.

Sebanyak 113,229 akaun pembayar cukai harta dalam kawasan MBJB yang telah layak untuk menyertai cabutan bertuah ini di mana sebanyak 36,674 akaun adalah dari warga bandar raya yang telah membayar secara atas talian dan manakala 76,465 akaun adalah dari warga bandar raya yang menggunakan kaedah bayaran lain seperti di bayaran di kaunter MBJB, kaunter UTC dan sebagainya. Selain itu, cabutan bertuah ini juga hanya layak bagi warganegara Malaysia, pemilik yang telah menjelaskan cukai harta sebelum 31 Oktober 2020, pemilik yang telah melengkapkan pendaftaran pindah milik (Borang I) dan merupakan pemilik individu sahaja (badan berkanun, syarikat tidak layak menyertai).

Untuk Cabutan Bertuah Cukai Harta Tahun 2020 ini, MBJB telah menyediakan sebanyak 45 buah hadiah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM200,600. Hadiah utama yang disediakan bagi kategori pembayaran atas talian adalah sebuah kereta Perodua Aruz untuk seorang pemenang; motosikal Yamaha Y15 untuk 4 pemenang tempat kedua; dron untuk 5 orang pemenang tempat ketiga. Bagi kategori bayaran selain dari atas talian, MBJB menyediakan hadiah utama sebuah road bike untuk 5 orang pemenang; Android TV bagi 5 orang pemenang tempat kedua; komputer riba bagi 5 orang pemenang tempat ketiga; pembersih vakum untuk 6 orang pemenang tempat keempat; dan periuk tekanan tinggi untuk 14 orang pemenang tempat kelima.

Program ini dijalankan untuk memberi insentif dan galakkan kepada warga bandar raya menjelaskan cukai harta masing-masing mengikut ketetapan masa yang diberi. Selain itu, bagi warga bandar raya yang mempunyai kesulitan untuk menjelaskan cukai harta, anda boleh terus hubungi Unit Tunggakan Cukai Harta MBJB di talian 07-2198233 untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penjelasan cukai secara ansuran.

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah