MENU

Johor Bahru, 20 Julai 2020 - Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Pelindung Diri (PPE) dari Changzhou Municipal Council kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan MBJB yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Datuk Bandar Johor Bahru di Hospital Permai semalam.

Dalam usaha berterusan memerangi wabak COVID-19, terkini Changzhou Municipal Council, China, dengan kerjasama Changzhou Juhong Plastic Company telah menyumbang sebanyak 10,000 pelitup muka dan 1,000 pakaian PPE kepada JKNJ, Hospital Pontian dan MBJB selain Hospital Mesra Bukit Padang dan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.

Changzhou Municipal Council merupakan 'Sister Cities' MBJB sejak 8 November 2016. Kerjasama antarabangsa ini diwujudkan bertujuan untuk perkongsian ilmu, pengalaman, sosial dan kebajikan di antara kedua-dua buah bandar.

 

Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Pelindung Diri

Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Pelindung Diri