MENU

23 Februari 2019 : Sekitar Majlis Pelancaran Program KITAR3cycle yang disempurnakan oleh YB Tuan Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor.

YB Cik Liow Cai Tung, ADUN Johor Jaya, dan YB Datuk Bandar Johor Bahru turut hadir menyerikan majlis.

Program KITAR3cycle ini memberikan ganjaran kepada orang ramai yang melaksanakan kitar semula bagi mendapatkan mata ganjaran KITAR3cycle yang boleh ditebus kepada voucher yang ditentukan oleh SWM Environment. Terdapat 35 jenis barang kitar semula yang diterima seperti tin minuman, aluminium, kertas dan sebagainya.

Program ini dapat mengurangkan jumlah janaan sampah ke tapak pelupusan melalui penglibatan orang ramai. Bagi maklumat lanjut berkenaan program KITAR3cycle ini, anda boleh melayari laman web www.swm-environment.com

Majlis Pelancaran Program KITAR3cycle