MENU

12 OKTOBER 2021 : Sekitar Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Dan Buku Panduan Kebun Komuniti Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, di Kebun Komuniti Rukun Tetangga PPR Taman Sri Stulang hari ini.

Program kebun komuniti di negeri Johor adalah adalah merupakan kolaborasi antara PBT, SUKJ Bahagian Perumahan, UTM dan IRDA. Bagi melancarkan pelaksanaan kebun komuniti, Pelan Hala Tuju dan Buku Panduan Kebun komuniti ini dihasilkan sebagai rujukan komuniti Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor. Buku ini diterbitkan hasil kerjasama dengan pihak UTM.

Untuk makluman, visi pelaksanaan kebun komuniti di negeri Johor adalah 'Memasyarakatkan Kebun Komuniti Ke Arah Kesejahteraan dan Kelestarian Johor 2026' manakala misi adalah 'Memperkasa Fungsi & Pelaksanaan Kebun Komuniti Menerusi Kerjasama Pintar Antara Masyarakat, Kerajaan, Industri dan Akademia di Negeri Johor'.

Sehingga kini kebun komuniti yang aktif dalam kawasan MBJB adalah sebanyak 20 kebun. Diharapkan dengan wujudnya Pelan Halu Tuju dan Buku Panduan Kebun Komuniti ini dapat memberi rujukan kepada perlaksanaan kebun komuniti di kawasan MBJB dan juga Negeri Johor. Majlis pelancaran pada hari ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Bandar MBPG, Setiausaha MBIP, Yang Dipertua MPKU, Setiausaha Bahagian SUKJ Perumahan, Setiausaha Bahagian SUKJ Bahagian Kerajaan Tempatan serta barisan Ahli Majlis MBJB.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

 

KEBUN KOMUNITI

KEBUN KOMUNITI