MENU

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KOLABORASI STRATEGIK DI ANTARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALANRAYA.

JOHOR BAHRU, 27 Julai 2020 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Negeri Johor di Menara MBJB Bukit Senyum semalam bagi mewujudkan kerjasama strategik perkongsian pintar sistem tunda kenderaan (My Vehicle Impound Sistem – MyVIS) serta dalam usaha menangani isu lambakan kenderaan buruk dan terbiar di tempat awam dalam bandar raya ini.

Perjanjian persefahaman ini diadakan adalah untuk mewujudkan kerjasama strategik dan perkongsian pintar melalui sistem aplikasi My VIS – My Vehicle Impound System kepada Polis DiRaja Malaysia secara masa sebenar. My VIS adalah merupakan sistem aplikasi yang dibangunkan oleh MBJB berfungsi untuk mengurus kenderaan orang awam yang dialihkan (ditunda) oleh Jabatan Penguatkuasaan MBJB, kerana melakukan kesalahan lalulintas dibawah peruntukan Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) 1981/pindaan 2004. Sistem My VIS ini digunakan di balai-balai polis sekitar kawasan pentadbiran MBJB bagi membantu memudahkan pihak PDRM membuat semakan dan pengesahan maklumat kenderaan yang telah ditunda oleh MBJB.

Selain itu, perjanjian persefahaman ini juga bertujuan mewujudkan kerjasama strategik dalam menangani isu lambakan kenderaan buruk dan terbiar ditempat awam di bandar raya Johor Bahru. Bagi merealisaskan kerjasama tersebut satu kempen kesedaran ‘Jom Serah Kenderaan Terbiar & Lanjut Usia’ diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan menyerahkan kenderaan mereka secara suka rela tanpa melalui tindakan penguatkuasaan, di tapak yang disediakan oleh MBJB iaitu di Hab Pengurusan Kenderaan, Jalan Mutiara Emas 3/7, Taman Mount Austin dengan syarat pemilik kenderaan membatalkan nombor pendaftaran kenderaan mereka di JPJ sebelum penyerahan dibuat. Kerjasama ini juga bertujuan mendapatkan khidmat kepakaran JPJ dalam membuat pemeriksaan, pengesahan dan menyediakan butiran maklumat pemilikan keatas kenderaan yang dialihkan (ditunda) oleh Jabatan Penguatkuasaan MBJB di atas kesalahan dibawah peruntukan Undang-Undang kecil MBJB. Tambahan lagi, kerjasama strategik ini juga bertujuan mempercepatkan proses mendapatkan pelucutan hak dari mahkamah untuk urusan pelupusan kenderaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN