MENU

LAWATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE INSTITUT PENYELIDIKAN HUTAN MALAYSIA (FRIM)

YBhg. Tuan Haji Amran A. Rahman, Datuk Bandar Johor Bahru bersama empat orang pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru, wakil Iskandar Regional Development Authority (IRDA) serta Pengurus Otla Design Partnership telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia.

Rombongan disambut oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di Bilik Mesyuarat Licuala pagi tadi. Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Program Eko Pelancongan dan Hutan Bandar menyampaikan taklimat mengenai sejarah kampus serta fasiliti eko-pelancongan yang terdapat di FRIM. Turut hadir, Norhayati Nordin, Pengarah Perkhidmatan Teknikal.

Program diakhiri dengan lawatan ke Arboreta, Taman Botani Kepong (KBG) serta tapak semaian diiringi oleh Adnan Mohammad, Ketua Program KBG dan Ahmad Azaruddin Mohd Noor, Pegawai Penyelidik Cawangan Perhutanan Bandar.

Lawatan MBJB Ke FRIM