MENU

16 Disember 2018 :MBJB telah menerima lawatan delegasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang diketuai oleh Yang Dipertua MPHTJ, Puan Mahani binti Masban, di Dewan Inai Merah. Delegasi seramai 18 orang yang terdiri dari Ahli-Ahli Majlis dan pegawai MPHTJ itu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Johor Bahru sebelum hadir ke sesi perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan tuntutan cukai harta dan kaedah kutipan cukai yang dilaksanakan di MBJB.

Lawatan Dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya