MENU

AHAD, 6 September 2020 - MBJB menerima kunjungan YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pagi tadi. Delegasi lawatan disambut oleh Datuk Bandar Johor Bahru bersama-sama Ahli Majlis dan para pegawai MBJB.

Turut sama hadir YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, Pengerusi JK Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Tuan Amir bin Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, serta wakil-wakil delegasi dari Kerajaan Negeri Johor.

Dalam sesi kunjungan tersebut, Datuk Bandar Johor Bahru telah memberi penerangan berkaitan profil MBJB serta pencapaian terkini MBJB terutamanya dalam usaha memenuhi hasrat 7 Ikhtiar Makmur Johor.

YAB Menteri Besar Johor turut berkesempatan menyampaikan token penghargaan buat 'hero' MBJB, Shazrin Hafeez bin Fadzlan, Pembantu Penguatkuasa MBJB yang membantu mangsa ragut di Taman Mount Austin tempoh hari.

Sesi kunjungan pagi tadi diakhiri dengan walkabout delegasi ke sekitar Menara MBJB bagi meninjau fasiliti-fasiliti yang disediakan buat warga kerja warga bandar raya Johor Bahru.

 

MBJB menerima kunjungan YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad Menteri Besar Johor

MBJB menerima kunjungan YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad Menteri Besar Johor

MBJB menerima kunjungan YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad Menteri Besar Johor