MENU

ISNIN, 16 Mei 2022 - YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Delegasi KPKT diketuai oleh Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli, Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan Jabatan Kerajaan Tempatan.

Tujuan sesi ini adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi mengadakan Seminar Pemantapan Sistem Penyampaian Proses dan Prosedur Cadangan Pemajuan Zon Selatan.

Untuk makluman, seminar ini diadakan bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan Audit Pematuhan OSC 3.0 Plus bagi tahun 2021 & 2022 serta perkongsian pelaksanaan Manual OSC 3.0 Plus di Peringkat PBT yg akan di adakan pada 8 hingga 11 Ogos 2022.

Kunjungan hormat daripada Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan KPKT

Kunjungan hormat daripada Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan KPKT