'BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING '
7 JANUARI 2021 : Terima kasih diucapkan kepada Team MBJB yang sama-sama hadir menyumbang tenaga dalam misi bantuan pasca banjir di daerah Kota Tinggi hari ini Khamis, 7 Januari 2021.
Seramai 25 anggota MBJB beserta kenderaan dan kelengkapan telah hadir bergotong-royong bermula pagi tadi bagi membersihkan kawasan-kawasan sekitar pusat bandar Kota Tinggi yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Turut bersama adalah pihak MBIP, MBPG, MPK, MDM, ATM, PDRM, SW Corp dan SWM.