MENU

ANGGOTA MBJB WAKILI NEGARA DALAM SUKAN SEA 2019

5 anggota MBJB telah terpilih bagi mewakili Malaysia dalam acara Traditional Dragon Boat Race di Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina.

Anggota (dari kiri) adalah:
1. Khairrul Rabbani bin Abdul Jabar (Jabatan Penguatkuasaan)
2. Ahmad Shafiee bin Abdul Jabar (Jabatan Penguatkuasaan)
3. Fajan bin Satta (Jabatan Kejuruteraan)
4. Imam Sujadi bin Satta (Jabatan Landskap)
5. Mohd Iwan Shah bin Abdul Rahim (Jabatan Penguatkuasaan)

Setelah pemilihan akhir dilaksanakan pada Julai lalu, mereka telah menjalani latihan di Pusat Sukan Zhaoqing Guangzhou, China bermula 1 November 2019 sebelum berlepas ke Manila, Filipina, pada 4 Disember 2019 nanti. Acara Traditional Dragon Boat Race ini dijadualkan berlangsung pada 7-8 Disember 2019.

Seluruh warga kerja MBJB mendoakan kejayaan mereka di Manila nanti.

#teammbjb

SUKAN SEA 2019