Seminar Warisan Johor Bahru 2023 - 07 Februari 2023 - Penyertaan Percuma

SEMINAR WARISAN JOHOR BAHRU 2023

Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) MBJB dengan kerjasama Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) akan menganjurkan Seminar Warisan Johor Bahru bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru ke-29.

Seminar ini akan diadakan pada Selasa, 7 Februari 2023 bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Warga bandar raya adalah dijemput untuk menyertai seminar secara atas talian ini melalui FB Live MBJB tanpa perlu mengakses ID pengguna dan kata laluan.

Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.

Sila sahkan penyertaan anda dengan mendaftar terlebih dahulu di:
http://bit.ly/SWJB2023 atau imbas di Kod QR tertera di poster

Seminar Warisan Johor