MENU

Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan terdiri daripada 4 unit yang berfungsi sebagaimana berikut :

     

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

  1. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua  aktiviti Unit Kawalan Vektor.
  2. Menjalankan siasatan ke atas kes-kes penyakit bawaan vektor yang dinotifikasi dan menentukan punca jangkitan serta mengambil tindakan kawalan.
  3. Menjalankan siasatan aduan berkaitan kacau-ganggu nyamuk yang dilaporkan serta  mengambil tindakan seterusnya bagi pencegahan.
  4. Menjalankan pemeriksaan premis untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.
  5. Menjalankan larviciding dan semburan (Termal Fogging/ULV) untuk mengawal populasi nyamuk aedes di kawasan yang menunjukkan indikator aedes yang tinggi atau berdasarkan kes-kes denggi yang dilaporkan.
  6. Menganalisa data dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan pembiakan vektor.
  7. Mengurus aplikasi penggunaan maklumat GIS untuk mengawal penyakit DF/DHF.
  8. Menjalankan pemeriksaan fasiliti yang berpotensi menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit khususnya Taska, Tadika, Pusat Jagaan dan tempat tumpuan awam.
  9. Menjalankan aktiviti kawalan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan pencegahan penyakit berjangkit.
  10. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil MBJB dengan menjalankan pemeriksaan ulangan, mengeluarkan notis/kompaun dan menguruskan kerja-kerja tindakan mahkamah.

 

Unit Rawatan Kesihatan

  1. Mengurus pelalian Anti-Typhoid kepada pengendali makanan dan orang awam
  2. Mengurus perancangan dan membangun kemudahan kesihatan penduduk bandaraya.
  3. Mengurus dan menjalankan pemeriksaan kesihatan  kepada anggota.
  4. Melaksanakan penilaian dan rawatan primer kepada anggota.
  5. Bekerjasama degan KKM dalam pengurusan dan kawalan pandemik Covid 19.

 

Unit Kawalan Kesihatan Pembangunan

  1. Mengemukakan ulasan-ulasan kesihatan keatas Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Merancang, Pelan Kebenaran Merancang Sementara, dan Pelan Permit Sementara.
  2. Membuat ulasan kehendak sanitari bagi pelan bangunan.
  3. Menjalankan pemeriksaan tapak bagi pengeluaran sokongan kesihatan untuk pengeluaran sijil CFO/CCC.
  4. Memantau kebersihan kawasan tapak-tapak projek pembangunan baru.
  5. Menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang diguna pakai MBJB bagi memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat  kebersihan di kawasan projek.

 

Unit Zoonotik

  1. Mengurus kawalan penyakit zoonotik melalui kawalan anjing liar, kucing dan tikus yang berkeliaran di tempat awam.
  2. Memantau aktiviti peliharaan haiwan yang boleh menimbulkan kacauganggu terhadap warga di kawasan pentadbiran Majlis.
  3. Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serangga pembawa penyakit.
  4. Merancang dan melaksana program lipas, lalat dan tikus (LILATI) di kawasan premis perniagaan dan kawasan awam.
  5. Mengatur operasi kawalan populasi burung gagak.
  6. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa data serta menyediakan laporan berkaitan aktiviti unit.
  7. Mengadakan operasi di dalam menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh MBJB.