14 JULAI 2019 :YDH Ketua Polis Johor telah menyampaikan Surat Penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Bandar, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha MBJB bersempena Upacara Perbarisan dan Majlis Serah Terima Tugas YDH CP Datuk Mohd Khalil bin Kader Mohd yang berlangsung di IPK Johor pagi tadi.Surat penghargaan ini diberikan atas kerjasama dan sokongan diberikan terhadap PDRM terutamanya kepada IPK Johor. Turut menerima Surat Penghargaan adalah Penolong Pengarah Penguatkuasa 1, Encik Mohd Nazri bin Tongal, dan Pembantu Penguatkuasa, Encik Marzuki bin Pon.