MENU

Sekitar Majlis Perasmian Fiesta MBJB yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Turut mengiringi beliau adalah Datuk Bandar Johor Bahru, Whip-Whip Parti Ahli Majlis MBJB, Setiausaha MBJB, ahli-ahli ex-officio serta ketua-ketua jabatan MBJB.

Dalam acara perasmian tersebut, Yang Berbahagia Dato' Dr. Mazlan turut berkesempatan untuk melawat Galeri MBJB, booth-booth pameran jabatan MBJB, jabatan-jabatan kerajaan serta booth-booth jualan di sekitar Dataran Bandaraya Johor Bahru.