Sekiranya Harta Disewakan ? Adalah tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan segala bil.notis yang diterima kepada pemilik harta. Jika pemilik gagal menjelaskan tuntutan tersebut, tindakan untuk menahan dan melelong harta boleh diambil ke atas harta penyewa. Walau bagaimana pun, pihak MBJB boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan kepda penyewa untuk membayar tunggakan tersebut dengan nilai sewaan yang dibayar kepada pemilik sehingga tunggakan selesai sebagaimana kuasa yang diberikan dalam sek 151 (5)(6) Akta 171. Alamat surat menyurat hendaklah diberikan dengan betul bagi memudahkan bil/notis sampai kepada anda. Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Ada Membeli sebarang Harta/Premis Menyemak terlebih dahulu dengan pihak MBJB berkaitan tunggakan cukai harta bagi harta yang dibeli dan sekiranya harta tersebut adalah tanah kosong, pastikan alamat surat menyurat diberikan dengan betul bagi memudahkan bil/notis sampai kepada anda. Anda juga perlu memaklumkan kepada MBJB samada melalui peguam atau datang sendiri ke Jabatan Penilain , MBJB dengan mengisi Borang I/J dalam tempoh 3 bulan dari tarikh transaksi dibuat. Kegagalan dalam berbuat demikian menyebabkan anda boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sebagaimana peruntukan Sek 160 (6) AKTA 171. Sekiranya Anda Membeli Harta Lelong ? Pastikan bil terakhir cukai harta dirujuk kepada pihak mahkamah yang menjalankan proses lelongan. Ini kerana tunggakan cukai harta akan ditolak daripada harga Jualan Lelongan sebagaimana yang diperuntukan oleh Sek 268 Kanun Tanah Negara. Pindaan Kepada Nilai Tambah Pemilik akan dijemput hadir ke sesi pendengaran bantahan yang akan ditetapkan dan boleh membawa sekali sebarang bukti atau laporan penilaian yang boleh menyokong permohonannya.