e-Borang e-Borang

[Perlesenan] [Penilaian dan Pengurusan Harta] [Perancangan Bandar dan Landskap] [Bangunan dan Infrastruktur] [Sewaan dan Kemudahan Awam] [Senarai Semak OSC] [Kekosongan Jawatan][Pilihan Raya]

 

Perkhidmatan Perlesenan

 

Permohonan Pembatalan Lesen

 

Perlesenan

 

Permohonan Lesen Anjing

 

1.    Semua anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
2.    Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
3.    Bayaran lesen anjing adalah RM 10.00 bagi setiap seekor anjing.
4.    Lesen yang hilang tidak akan diganti. Tuan punya anjing hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
5.    Lencana logam yang dikeluarkan oleh Pihak Majlis hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Menyediakan tali gantung lencana logam adalah tanggungjawab tuan punya anjing.
6.    Semua anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP + PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doktor veterinar yang berdaftar.
7.    Rumah anjing hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih daripada najis anjing.
8.    Tuan punya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak dengan berterusan, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
9.    Anjing hendaklah sentiasa diikat dan memakai sarung mulut (muzzle) apabila dibawa keluar daripada tempat ia biasa dipelihara / disimpan.
10.  Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
11.  Hanya 2 ekor anjing sahaja dibenarkan dipelihara pada satu-satu masa.
12.  Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kekacauan, menganggu orang awam atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
13.  Tuan punya anjing dikehendaki menyediakan dan mempamirkan papan tanda "ADA ANJING DI SINI " di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
14.  Tuan punya anjing yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500.00 atau denda RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
15.  Mengemukakan Salinan Kad Pengenalan serta Gambar Pemohon Berukuran Pasport sebanyak sekeping.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7